Friday, April 8, 2011

Hukum Tarian poco-poco..

tarian poco-poco yang digemari oleh setiap lapisan masyrakat samaada muda mahupun tua..





Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya mengatakan tarian poco-poco adalah haram atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian [1].

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan pula 
mengatakan tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan [2]. Pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim pula hampir senada dengan bekas Mufti Perlis tersebut dengan mengatakan tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara. [3]



Ulasan

Saya ingin memberi sedikit ulasan tentang pertelingkahan mengenai pandangan tarian poco-poco ini. Setelah diteliti pandangan-pandangan di atas, perbezaan pandangan hanyalah berkait dengan sama ada tarian poco-poco dipengaruhi dengan akidah yang silap yakni kepercayaan agama Kristian atau tidak. Dr. Mashitah Ibrahim memetik sebagai berkata tarian poco-poco yang diamalkan di setiap negeri mungkin berbeza antara satu sama lain. Jadi, jika kita terima alasan yang diberikan oleh beliau, maka kita boleh membuat misalan bahawa tarian poco-poco di negeri Perak berkait rapat dengan kepercayaan agama Kristian sedangkan di negeri-negeri lain pula tidak. Kita mungkin boleh bertolak ansur dengan perbezaan pandangan ini, tetapi bagaimana pula dengan batasan perbuatan yang salah untuk dikaitkan dengan tarian poco-poco seperti mana yang ditekankan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin?



mengikut pendapat Dr. Maza tarian poco-poco diharuskan.. 


Fenomena tarian poco-poco yang kita kenal pada hari ini bukanlah satu aktiviti yang dilakukan di kawasan tertutup di lingkungan rumah masing-masing, tetapi ianya dilakukan secara terbuka di kawasan tanah lapang yang disertai oleh segelinap masyarakat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Ianya terus dipraktikkan secara meluas tidak kira di sekolah, kolej, universiti mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri sehingga sebahagian menjadikan tarian tersebut sebagai rutin harian.

Anda dapat bayangkan bagaimana disebalik ramai yang memperagakan tarian poco-poco, gerak geri wanita yang lincah itu diperhatikan oleh sebilangan lelaki. Hatta mereka yang berbaju dan bertudung labuh pun tidak akan terlepas untuk diperhatikan di mana ada kemungkinan tudung mereka terselak mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya akibat daripada pergerakan aktif ini. Ini tidak kira lagi buat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna yang berbaju ketat dan berseluar legging. Tambah-tambah pula, apabila pengajar tarian poco-poco kebanyakan di kalangan wanita ini berdiri di pentas kononnya ingin memberi tunjuk ajar, tetapi entah apa yang hendak ditayangnya. Allah telah berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur ayat 31)

Jadi, buat mereka yang mungkin ingin mengikut pandangan yang lebih ringan tentang hukum tarian poco-poco ini, hendaklah mereka menilai semula bagaimana sebaik cara untuk memperagakan tarian ini dalam lingkungan patuhan syarak yang ditetapkan tanpa mengundang pelbagai fitnah. Saya lebih cenderung untuk mengikut pendapat Ustaz Abu Haseef supaya meninggalkan perkara yang meragukan dan syubahat memandangkan tarian poco-poco ini adalah suatu tarian yang meragukan kerana tidak diketahui siapakah pemilik budaya sebenar sama ada ianya tarian agama ataupun tarian budaya. Jika kita berbalik semua kepada kaedah yang diajar oleh Nabi SAW, insyaallah akan selamatlah maruah agama dan diri kita [4]. Wallahualam




3 comments:

  1. tapi knp skolah kte slalu buat ye??especially budak2 pompuan...first2 aku buat tu,tarian ni mmbentuk salib...ish.ish..ish..dh la susah nk buat...

    ReplyDelete
  2. tu yang musykil tuh.. kalu ragu2 lebih baik hindarkan..

    ReplyDelete
  3. itu dulu mase poco2 tu mula2 diperkenalkan..kat skolah pon x abes2 la wat macam goreng pisang panas..tp klu skrg ni..dah jelas terang menyerupai kaum lain.. bg ak better hindarkan la..byk lg senaman lain.. it's not only about aqidah..tp jugak skop fiqh wanita yg terlalu dpandang remeh...only my opinion!!~~keep writing...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...