Saturday, December 25, 2010

PLKN menanti!!

    

 Haha.. rase tak saba nak gi plkn. macam mane ek kat sane nnti.. nak crik pngalaman, kwn, n mcm2 la..
ad gak yg tanak smpai nangis2.. huhu.. yela an org pas spm lpak la.. tp kene lak plkn.. haha.. kene la redho...


plkn..


yg takbest nyer dak2 laki kene botak blek.. bru nak bela.. t'ingat blek time2 kwad kat skola.. pergh.. mmg btol2 usaha dak2 nyer.. smpai tgh ari kwad.. haa.. amik ko kesan nyer.. itam..haha.. sblum nak msuk plkn kene la wat mcm2.. wat medical checkup la bagai.. tp tula mslh nyer ad yg kate kene wat la ad yg kate takyah la.. confuse gler.. aq dpt kat sepang name kem nyer princess haliza.. katenyer tmpat nyer masyuk gler.. ap yg masyuk nyer.. bkn same ker..




kat plkn die ad mcm2 modul latihan.. cnth nyer modul fizikal..mcm kwad, jungle trekking.. tu yg best nyer..
yg len hala..mende remeh temeh jer.. katenyer first2 mcm kat orientasi tu.. ceramah2.. ala.. boring gler..
pastu nak last2 tue bru la modul fizikal.. die ad ag modul nyer kenegaraan, pembinaan karakter, khidmat komuniti.. elaun dah la sket sbulan rm100 jer.. kalu keje sbulan dah 300 dah.. ok la, yg pntg enjoy...


logo princess haliza..




Thursday, December 23, 2010

Kelasku Tercinta 5 Darussalam..

 Peristiwa yg mjadi kenangan ku slame 2 taun bersame kwn2 akaun ku..huhu.. sdeh btol nak tggalkan diorang..
byk perkare yg kiteorg wat smpai ckgu2 mrajuk ngan kiteorg..tgk smpai cmtu ha..taun lpas time form 4 3 ketua klas tau tak..  first lembong, die pndah klas sc.. pastu aq.. time aq jd ketua byk btol dugaan.. haha.. kes meniru satu klas plak tue.. pastu dak2 pempuan lukis gmba setan.. kepale setan nyer aq.. haha.. lwk2.. pastu aq jd pgawas.. tuka lg.. zarip plak jd..


chuen, zarip, aq..
Taun nie plak zaim jd ketua klas.. haha.. bleh gak la diharap.. perkare yg tak dpt lupekan time klas bahase arab tinggi.. ustz baharuddin yg ajar..taun lpas ustzah thuwaibatul.. mmg msuk la kalu blaja ngan ustz bahar. aq ba mane penah dpt A. asyik B je.. blaja ngan ustz bahar bru dpt A.. dan taun nie time trial BA mningkat. 70 lbih org dpt A.. tak tau la ape rahsia nyer.. nk cter psl ckgu klas kteorg.. mmg sporting.. tece zana.. time klas die lpas bg hmwork.. nyembang je mmnjang.. haha klakar2..


fuhh bgaye tece zana..
event sblum SPM jamuan akhir taun. guru klas kami dtukar ke klas len ngan ckgu bru.dari SMK sg besar. ckgu rozai namenyer. org nyer bek sgt. kalu tak siap keje die tak marah pown.. time jamuan dak2 pempuan soh dak laki wat psembahan. kiteorg carik2 idea nak wat ape. last2 wat je men teka teki.. amek kat internet..


izzul n suntil

slen tu ade wat tuka2 adiah. aq dpt drp najan. adiah nyer dompet.. adiah aq suntil yg dpt.. yg tak bole blah nyer zarip la. adiah punyer besa.. tp dlm nyer cawan kecik je.. jahat btol dak2 pempuan..


my classmate



dak2 laki..
   pape pown mmg kenyang la time jamuan tue.. haa.. lupe plak time tu aq kene psg lcd. first experience.. haha..

Friday, December 3, 2010

MahaR CinTa-Devotees



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

MeNujU WawASan- UNIQUE

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha..

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.


Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :


"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)


Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.




lembu2 yg nak dikorbankn.. 3 ekor sumenye..




slamat disembelih..

Saturday, November 6, 2010

Blaja Saat Akhir..

Petua

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

 Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

 Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

 Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

 Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih

Wedding Teacher Wan kat Putrajaya..

   Wan Rafidah bte Abdul Rahim ialah guruku yang mengajar Add Math dari aq form 4 and die jgk merupakan warden bg biroku iaitu biro rawatan asrama..Teacher wan telah menamatkn zaman bujang nye pada hari ahad yg lpas di putrajaya dgn seorg ustaz Najmudin yg bru habis blaja di Mesir dan skrang mengajar di Sambk Sungai Haji Dorani.


bagai pinang dibelah dua. ustaz najmudin dan teacher wan..

Kami smpai di putrajaya lbeh kurg kol 1. smpai2 je trus makan..tp techer wan blom b'sanding ag.. habis makan je kiteorg siar2 kat luar dewan tue..sambil tue tgkap2 gambar tok kenangan an..


jejaka2 tampan..


barisan2 lelaki melayu terakhir diketuai oleh nizam (berkaca mata)


posing..


wajah berseri2..
sblum balik ke asrama kami sggah ke alamanda..tp tak puas..dak2 nyer mcm2 beli.. macdonald, dunkin donut... aq just mkan2 je..aq makan nasik puteh, telur, ngan sambal.. name gerai tue nasi padang..pergh sambal die sedap.. harga mkanan yg aq mkan sume rm2.00 shj.. betapa jimanyer aq..smpai skola je dah maghrib dak2 sume penat..mlm tu tido awl..

Saturday, October 16, 2010

JaMuaN ExCo & PenGawAS 2009/2010

Jamuan ini diadakan untuk memperingati jasa dan usaha yang telah dicurahkan oleh penasihat2 exco & pengawas yang telah menyerahkan tugasnyer kepada pelapis untuk taun hadapan.. taun nie unik sket, coz diadakan pada waktu mlam dan berpakaian baju melayu untuk mengikut tema jamuan t'sebut iaitu jamuan hari raye.. kalu taun2 sblum nie dibuat time siang n b'pakaian kemeje bese.. tp tmpt kt hotel la..tp taun nie kat hotel je..walau ape pown syukur Alhamdulillah taun nie ad gak jamuan.. Pada mulanya masing2 tak tau kat mane jamuan diadakan.dgr khabar angin kt pasir pnjg..Smpai2 je tgk uztaz Rahim dah smpai dah..Name tmpat tue Selera Rimba..



makanan yg dihidangkan..

Perghh.. Makanannyer boleh tahan gak sedap nyer.. Mane tak nyer sume dah lapar. Mende yg tak sedap pown bleh ckp sedap..Tp mmg btol la  mknn nyer mmg sedap. Dessert nyer aiskrim.. time makan ada la mamat tue (Zakwan) pasg gmbar2 kiteorg kt skrin depan.. ngan lagu nasyid skali.. gmbar2 aktivit.. kt lambaianan, time rombongan kt utara, mcm2.. sambil mkn smbil tgk gambar.. takde la bosan sgt..


 
exco rawatan, exco kebersihan, exco disiplin




Barisan kepimpinan smka simpang lima 2009/2010


exco & pengawas puteri.(my partner barisan kedua tiga dari kanan)



dapat sijil ngan bunga...

Akhir kalam, tugas ini mematangkan diriku. dan sonok sgt dpt bekerjasama ngan kwn2 yg len.ngan event nyer ag.. mmg byk gler experience yg indah dan tak dapat kulupakan...
Brat ati nak tggalkan sume nie..bebagai pewatakan rakan2 yg m'buatkan diriku ketawa dan mengingatkan kembali pristiwa yg lalu... Thanks a lot friends and teachers..

Friday, October 15, 2010

Lagu Maher Zain Insya-Allah versi melayu..


http://www.iluvislam.com/images/resized/pic/1people/20101014-maherzain_200_183.jpg
Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku. 

Friday, October 1, 2010

MaJlis SolAt hAjaT & BacAaN yaSsiN...

batch 19..


Event nie dibuat time kiteorg trial..diorg wat time nie coz mggu dpan nak pekse PmR..
soknye dak2 akaun ade paper Science n dak2 sc plak paper Bio..
So, mase nak bace buku terhad la.. blek dari masjid je dah kol 9.30.. lgpun, time tu dak2
dah takde mood dah nak bace buku, maybe letih n kenyang mkn..


kalam,zaim, aq...
























Saturday, September 18, 2010

kePulanGan aBAng ke TerengGaNu...



sblum ke klang sntral pi sggah umah kakak aq kt pnck alam..
prot dah lapar an pegila mkn kt kedai mkn kt tepi petronaS.. tggu punye la lame.. Last2 kiteorg blah cmtu je..
bengang btol.. akhirNye mkn kt sane gak.. order nasik greng ayam.. perrgh.. sdap btol..
ambik ksemptan beli cd cite A-team.. best citer nyer...


klang sntral time malam..


tgh tggu order..




bas yg dinaiki oleh abgku..

pUtRaJaya!!


time nie nak survey tmpt tok kakak aq watpe ntah. aLa..bese tok ckgu2 yg baru dpt keje an. nnti sng la nak pegi takde la sesat2 time pepagi bute...
nak ilangkan bosan dok umah ikot jela walupun dah byk kali pegi sane..

time on the way nk kesane nmpk la bmw nie.. perrghh... lawa..



masjid putrajaya..

inilAh aq...




sambil tu sggah pnck alam braye umah sdare..

raya! RayA! rAYa!

Di kesempatan ini ingin ku ucapkan Slamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada sume umat islam..
lpas raye je nak exam dah.. huhu.takleh nak raye sakan sgt la an..taun nie tak rase sgt meriah nyer mcm taun2 sblum nie. tak tau nape..                     
...family biru

.plek gler sampin aq
nie time baraan ngan kwn2. kenagan yg tak dpt kulupekan..
kat umah ckgu ahmad asmaran.. cntek gler.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...