Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha..

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.


Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :


"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)


Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.




lembu2 yg nak dikorbankn.. 3 ekor sumenye..




slamat disembelih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...