Monday, April 4, 2011

Cinta itu anugerah drp Tuhan..



tape



Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…

“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Bicara Hijrah-Rabbani





Hijrah memori namamu
Mengimbau lembaran sirah agung
Junjungan rasulullah nabi Muhammad tercinta

Hijrah membuka minda kita
Terarah menuju wawasan
Membangun umat agar hidup mulia

Hijrah kukuhkan bersaudara
Membahu susah senang bersama
Tiada beza rupa walaupun di mana

Hayatilah hijrah
Setenang jiwa yang bahagia
Menatap erti hijrah nabi
Hidupkanlah hijrah
Bak bersinar mentari pagi
Melakar indah kasih nan murni

Hijrah jadikan pengajaran
Membina gagasan yang utama
Tamadun kita juga akhlak yang mulia

Hijrah menjana hidup baru
Di alaf dunia tak bertepi
Panduan kita dari
Sirah sunnahnya

BERHIJRAHLAH....BERHIJRAHLAH....BERHIJRAHLAH...KITA....

Sunday, April 3, 2011

Bile diri kita dihina apa tindakan kita..



DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

Sunday, March 27, 2011

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

by MUZRI on JULY 27, 2008
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Friday, March 18, 2011

kelab britain tersingkir..


Dalam saingan europa kelab britain manchester city dan liverpool kedua-dua nya tersingkir drp kejuaraan eropah. walaupun manchester city mengatasi dynamo kiev 1-0 pada pusingan kedua tetapi dynamo kiev telah mendahului 2-0 pada pusingan kedua dan sekaligus melayakkan dynamo kiev ke peringkat seterus nya..



kesebelasan utama:
joe hart
micah richards
joleon lescott
aleksander kolarov(james milner)
vincent kompany
gareth barry(adam johnson)
yaya toure
nigel de jong
david silva(edin dzeko)
carlos tevez



manchester city bernasib malang apabila terpaksa bermain 10 pemain kerana balotelli dibuang padang akibat menerima kad kuning kedua..






Carlos tevez dikawal ketat oleh pemain pertahanan dynamo kiev menyebabkan pergerakannya terbatas..




Liverpool sekadar seri 0-0 dengan sporting braga dipusingan kedua menyebabkan mereka tersingkir..
kelebihan berpihak kepada braga apabila mendahului 1-0 dipusingan pertama sekaligus melayakkan mereka ke peringkat yang seterusnya



esebelasan utama:
pepe reina
jamie carragher
martin skrtel
danny wilson
glen johnson
lucas
raul meireles
joe cole (david ngog)
maxi rodriguez(jay spearing)
dirk kuyt
andy caroll


Andy Caroll kurang menyengat apabila menentang sporting braga..Caroll berjanji akan melakukan yang terbaik dalam membantu liverpool untuk memenangi kejuaraan eropah pada musim hadapan..

Thursday, March 17, 2011

Real madrid hapus badi menentang Lyon..


Real madrid menewaskan olympique lyon dgn agregat 4-1 untuk mara ke separuh akhir..Hasil jaringan Marcelo pada minit 37 diikuti Benzema yang kembali menemui sentuhannya dan ditambah oleh pemain muda Angel Di Maria.. pada pusingan pertama real sekadar seri 1-1 ditempat lawan..dan pusingan kedua mereka
b'main ditempat sendiri di stadium santiago bernabeu memberi kelebihan kpd madrid..

kesebelasan utama:                              simpanan:
Iker Casillas                                        Emanuel Adebayor
Ricardo Carvalho                                Esteban Granero
Pepe                                                   Lassana Diarra
Sergio Ramos                                     Raul Albiol
Marcelo                                             Alvaro Arbeloa
Sami Khedira                                     Jerzy Dudek
Xabi Alonso                                      Segio Canales
Mesut Ozil
Angel Di Maria
Cristiano Ronaldo
Karim Benzema








Hasil jaringan Marcelo,Benzema dam Di Maria membantu Real layak ke separuh akhir..yang akan menyertai barcelona, chelsea, manchester united,inter milan, shakhtar, schalke..



Pemain baru real madrid menggantikan ronaldo pada separuh masa kedua.. ini merupakan penampilan yg pertama  bg adebayor di real madrid bagi uefa champion league..


Jose mourinho memuji anak didiknya ketika menentang lyon. Beliau berhasrat ingin membantu real untuk memenangi kejuaraan eropah pada musim ini..

PLKN Princess Haliza tinggal kenangan..

      Akhirnya perkara yg diidam-idamkan oleh sume pelatih PLKN, iaitu tamatnya program ini..Tetapi sudah 2 bulan lbeh disana, byk kenangan pahit dan manis yg t'semat di minda.. Pada mulenyer ramai yg taknak dan bencikan PLKN tetapi sampai hari terakhir, taknak pulak tggalkan kem sbb sedih nak tggalkan sume ckgu2, kwan2, n sume yg pkara yg dah sebati dgn diri kita..pelik2..

Rutin harian di PLKN..
jam 0630-berbaris di padang kawad
                nyanyian lagu negaraku n khidmat negara
                ikrar n doa
                ckgu2 kompeni amik alih..
                (jogging,kawad,riadah,exercise..dll)

jam0715-sarapan pagi
               (favourite nasi lemak..fuhh sedapp..)

jam0850-kelas cb
               (dah kene ade sblum 0900 kalu tak nanti dye tanye
                adekah anda b'stuju anda sudah mlanggar praturan asas...)
              -kelas kenegaraan
              -budaya kerja..

jam1030-rehat jap mkan kuih ke pape la..
             -ade yg wat solat dhuha kat surau Al-Kamil..

jam1050-msuk blek kelas
               (blablabla..)

jam1230-makan tghari..

jam1430-smbung kelas blek..

jam1630-kelas habis..
             -minum petang..

jam1715-row call kat pdg kawad
             -riadah

jam1830-makan malam
              (kadang2 malas gak makan..tp aq pakse gak..)

jam1930-muslim2 pegi surau!!

jam2100-row call malam..
             -kdg2 ade cramah kad pintar,sastera BM, disiplin kem....
              (habis lmbt sket la dlm pkol 10.30..)

jam2230-minum mlm..

2330-ttup lampu..
         tido zZZzZz..

        


 Aq kat sane kompeni Alpha..kompeni aq mule2 dah gempak dpt no.2 kkj pastu..hampeh no.3 je..
tula akibat wat tepuk 003..haha..kalu tak no.3, dpt no last..
ckgu2 kteorg frust, asyik kalah jer..takde kejesame la..mcm2 ckgu ckp..dlm byk2 kompeni, kompeni kteorg paling galak wat psycho tp kalah gak.. ade yg smpai pihak lawan tesion gler time main...haha..tp diorg yg mnang kteorg kalah..
 kat sane alpha gabung dgn bravo jd braAlpha, kalu sorak je same2..lawan charlie n delta..
ade smpai satu mase ckgu kompeni kami sedih dgn attitude kami..bab2 sorak mmg alpha mnang, tp ape hasil nya.. takde..alpha mcm m'harap kat bravo utk menag n alpha tggal kat blakang jer..
mulai aritu dah takde braAlpha.. alpha2 je bravo2 je..


hasilnyer.. team kami dpt msuk final dlm bola sepak,bola jaring, kawad.. tp sume no.2.. org kate mmg takde rezeki.. pape pown kite enjoy.. jgn tension2.. adat permainan an ade menang ade kalah..
kat sane boleh nak kate tiap2 ckgu ade trademark masing2..

staff samsul-bile sy ckp down, kamu sume down dgn pantas..
                   down!! lambat..terkemut-kemut..
                   mcm mane nak mnembak...wira..

ckgu tambi-aq tsunami ko..
                  aq seorang komando..
                  tepuk tgn sume skali..

ckgu thiru-mangkok hayun kau..

ckgu omar- mule2 pgang pipi kanan n tolak ke kiri
                  exercise mule..

aq dorm A18..kwn2 kat situ sume best2.. sblah katil aq chinese, YipKin Seng..
mule2 die mmg tak tau lgsung ckp melayu.. tp die dgr jer kteorg ckp..
die dah boleh ckp melayu dgn fasih..hebat an..
ckgu dorm kami ckgu jaafar. mule2 muke dye tak penah senyum polis pulak tu..
takut jer kami tgk.. tp ble dah knal bru tau die mcm mane.. ade satu malam tu die b'cerita kat dorm kami n bawak kerepek satu packet besaR..dudukla kat katil ikmall.. ramai plak yg duduk kat situ nak dkat 6 org gak..citer2.. BrUuKK.. haha..katil ikmall patah..ckgu pown duduk situ time tu pastu trus kuar.. masuk blek wat macam tak tau pape, tanye nie sape buat nie..haha..ckgu nie klakar laa..





slame nie tak pernah gi mnembak.. first time tue.. bunyik m16 tue mcm mercun telur kat sblah telinga..
fuhh..bingit.. tp kalu tak pakai penutup telinga kate nyer lagi best.. point aq sederhane jerr..
ade dpt 0, 5 pown ade..haha..mnembak nyer kat kem perdana sg besi KL...sonokk gak la dpt experience baru..



kteorg ade gak baju kompeni.. nak buat nyer punye la rumit.. mslh ckgu2 gakk.. tp sedih nyer ckgu jaafar n ckgu omar tak dpt.. kteorg pkai bju nie time malam last.. malam kompeni2.. time tu aq nak makan pown susah..diorg calit2 krim cupcake kat muke org..habis tak jadi ape.. bkan makan2.. main kejar2 jer byk..alhamdulillah aq kene skali jerr.. lpas kene skali aq trus cabut lari jaOhh2..haha..
pape pown byk aq dpt kat kem plkn princess haliza nie.. aq takkan lupe sume tue.. untung sape yg dpt plkn..
dpt manfaatkan mase cuti gak drp dok umah tak wat pape..haha..
wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...